Isnin, 17 Ogos 2009

KELAB POLIGAMI IKHWAN


"SUAMI UNTUK DIKONGSI BUKAN DIPEREBUTKAN"

Pada hari Sabtu yang lepas berlangsung satu pelancaran kelab yang dinamakan dengan KELAB POLIGAMI IKHWAN di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. Pada awalnya, pelancaran ini dirancang untuk mengadakan pelancaran secara rasmi dan konsert di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Namun begitu, menurut Urusetia Kelab Poligami pada hari tersebut mengatakan bahawa Shahrizat khuatir berlaku kekecohan kerana kelab ini boleh menimbulkan kontroversi dan bimbang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Disebabkan memikirkan keselamatan, pihak kelab terpaksa mengubah tempat pelancaran secara tergesa-gesa dan mendadak. Justeru, mereka mengalami kerugian dari segi pengiklanan kerana telah menghebahkan secara besar-besaran. Walau bagaimanapun, pelancaran tersebut berjalan lancar malah pihak urusetia memanjangkan masa penghebahan kelab tersebut selama 2 hari 2 malam yang disertai dengan ekspo dan jualan produk keluaran Ikhwan. Sepanjang pelancaran berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari, acara diselangi dengan persembahan nyanyian dan sketsa dari keluarga poligami. Di akhir acara, keluarga besar Abuya Ashaari selaku penggerak utama dan suami kepada Khatijah Aam selaku isteri kedua merangkap penggerak kelab diperkenalkan kepada para tetamu yang hadir. Jumlah isteri beliau seramai 4 orang dan mempunyai anak juga cucu yang ramai.

Menurut jurucakap kelab, penubuhan kelab bukanlah semudah yang disangkakan. Tetapi kelab ini bertujuan bagi mempermudahkan dan menolong pasangan yang mempunyai masalah dalam perkahwinan. Justeru kelab ini mempunyai kaunselor selaku pemberi nasihat dalam masalah poligami.

Setakat ini jumlah ahli kelab sudah hampir mencecah 1000 orang termasuk suami, isteri pertama, isteri kedua, isteri ketiga, isteri keempat dan anak-anak. Kelab ini juga tidak menganggap perkahwinan poligami boleh dilakukan oleh semua orang kerana poligami tidak boleh dipermain-mainkan justeru si suami mahupun isteri harus ada ilmu dan terdidik jiwanya barulah berputik keharmonian dalam rumahtangga.

Kelab Poligami ini mempunyai pasangan poligami mengikut kelas iaitu ada kelas A,B dan C. Pasangan dari kelas bawah akan dipertingkatkan melalui pendidikan dan pembersihan hati dari para penggerak dan kaunselor mereka agar pasangan kelas bawah akan meningkat menjadi kelas atas dan lebih baik. kelab ini bukan sekadar kelab.

2 ulasan:

kimi berkata...

agak menarik apabila seorang wanita sendiri menulis tentang poligami. maaf menggangu sebenarnya sy terbaca tentang kelasb poligami ikhwan dan search di google terus ke page ini. sy tertanya2 adakah saudari ini mempunyai pengalaman tentang poligami

Bintun Musthofa berkata...

saya mencuba melihat dari sisi hikmahnya...walaupun saya belum mengalaminya sendiri, namun saya kagum mesej yang disampaikan oleh Islam melalui poligami...cuma perundangan masih belum benar-benar kuat untuk menghukum para suami yang mengabaikan isteri-isteri yang dimadu...