Rabu, 25 Mac 2009

KENAPA SUAMI ORANG MENJADI PILIHAN?

Kenapa ada perempuan suka pada suami orang (terutama yang bakal/sudah bergelar isteri kedua/ketiga/keempat?
Itulah yang menjadi isu dan pertanyaan salah seorang adik-adikku yang merupakan penghuni kolej kediaman ini. Bukanlah hendak menghukum dan mengata sesiapa, tetapi hanya ingin menyelami hati dan perasaan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah memegang ’jawatan’ dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa malah mungkin sahaja umur mereka sudah sebaya dengan ayah mereka sendiri!
Bukanlah umur yang menjadi permasalahan, tetapi ingin dilihat dari segi alasan mengahwini mereka. Ada juga teman serumahku memberi pandangan dari sudut pemahaman seorang perempuan. Nanti kalau ada teman-teman yang lawan jenis (lelaki) ingin memberi pandangan, sangat dialu-alukan. Akan ku cari waktu juga untuk menanyakan pada kenalan-kenalanku.
Kata temanku, kebiasaannya yang pernah terjadi dan lihat di depan mata, lelaki yang sudah berusia juga mempunyai isteri dan anak ini, kadang-kadang mereka tidak mempunyai sebarang masalah atau sememangnya rumahtangga yang sudah retak bakal runtuh dan pecah sahaja, bukanlah datang dari sisi lelaki sahaja yang salah, tetapi perempuan juga sangat memainkan peranan kerana banyak lelaki yang tidak memandang paras rupa tetapi banyak pandai melayan lelaki-lelaki itu seperti melayan sebagai orang yang disayangi dengan bercakap-cakap dengan nada menggoda, malah lelaki yang sudah berkahwin ini lebih mudah digoda berbanding yang bujang! Benarkah fakta ini?
Hanya kerana layanan?! Kalau kerana sebab perempuan, jadi para feminisme tidak boleh menyalahkan lelaki 100% dalam hal poligami dan pelbagai hal-hal lain yang dilihat sebagai penganiayaan terhadap perempuan. Mungkin dalam hal poligami, penganiayaan dilihat dari sisi isteri pertama iaitu seorang perempuan, tetapi yang menjadi madunya, yang kedua, ketiga dan keempat adalah kaum sejenis iaitu perempuan.
Apakah kurang layanan dari isteri di rumah? Atau lelaki memang ingin mencari angin baru dengan orang baru?

Bekas kekasih rupanya..? apakah kerana sayang yang bersisa menjadi tagihan poligami? Apakah dia pernah bertakhta di hati diterima untuk berkongsi hidup suka dan duka setelah diri masih belum berpunya? Apakah dia benar-benar ingin membuktikan cintanya padamu dengan mengahwinimu sedang isteri menanggung perit terpaksa berkongsi kasih dek kerana perkahwinan atas dasar pilihan keluarga? Apa perasaan disaat melihat suami akad nikah untuk bersatu dengan bekas kekasih atau bersatu cinta dengan bakal isteri kedua, ketiga dan keempat? Apa tiada secalit luka di sudut hati? Benarkah tidak kisah dengan ber’title’ isteri kedua, ketiga dan keempat? Perlukah kita berkahwin dengan seseorang yang pernah kita sayang sedang dia telah menikah dan punya anak?

Suami dan isteri seperti mempunyai ego sendiri yang tidak mahu mengalah. Apabila bercerita tentang hak, lelaki dengan bangga mendabik dada. Tetapi bila berbincang tentang kemampuan dan keadilan, secara zahir boleh ditonjolkan melalui kelayakan dan kekuatan ekonomi yang dimilikinya. Manakala adil pula, tiada siapa pun boleh mengetahui sejauh mana ia boleh berlaku adil.

3 ulasan:

damiakhairina berkata...

Hmmmm.. macam menarik plak.. nak tau per jawapannya..? jawapannya klu bukan suami org x la dinamakan poligami.. he..he..
Klu nak dipersoalkan kenapa suami org.. byk jawapannya.. tp nak tau jawapan sebenarnya kena tanya org yg berpoligami dl.. Biasanya org akan ckp.. 'nak wat caner, dah TAKDIR'.. nak cakap jawapan tu salah.. x ble gak sebab ada kebenarannya.. semuanya ditentukan oleh yang DI ATAS.. cuma ble dah takdir cam tu kena la laksana tggjwb dengan bijak dan 'ADIL'.. kebanyakan org yang poligami ni x terapkan konsep 'bertanggungjawab' dan 'adil' yg sepatutnya perlu ada dalam sesebuah perkahwinan poligami.. Bg pendapat peribadi sy, kita x bleh salahkan org yang suka ambil 'laki org' ni.. mungkin dia ni ada pengalaman mas lalu yg menyebabkan dia pilih 'laki org'.. yer la.. bak kata org gak..'laki org' ni 'matang' skit dari 'si bujang'.. bila di pk2 ada betulnya.. mungkin sebab 'si bujang' ni xder pengalaman tu yg buat dia sedikit 'x matang'.. Contoh lelaki bujang yg 'kurang matang' ni tgk cam si Roslin pemain badminton negara kita tu.. yer la, mungkin dia ada masalah yg kita x tau.. tp hakikatnya wajar ke dia ceraikan 'bini' dia lepas 12 hari kawin.. boleh ke kita nilai manusia dengan tempoh sesingkat tu.. hish nampak na si Roslin ni x berapa nak matang.. So, sok-sok jgn la salahkan 'si bini' Roslin klu dia pilih laki org sebab dia pernah kena aniaya dengan 'si bujang'.. paper pun.. kita tetap kena terima hakikat bahawa poligami tu dah memang satu SUNNAH yang kita sepatutnya redha dan tidak perlu pertikaikan..benda tu dah wujud zaman nabi lg.. cuma tujuan poligami tu jer kena betulkan sbb dah byk menyimpang dari ajaran nabi kita..jagn ingat suami kita tu milik kita sorang.. yer la.. sy akui bila ditanya siapa yg sanggup kongsi suami.. tentu kbanyakannya cakap x sanggup.. tp kita lupa.. suami kita bukan milik kita sorang.. sumi kita tu dipinjamkan jer kat kita .. di milik yang di atas.. Sbb tu DIA lebih tau apa yg terbaik untuk setiap hambanya.. Yg penting bg wanita yang bepoligami ni.. ikhlaskan jer hati kalau dah 'ditakdir' demikian..InsyaAllah xder masalah.. Bg suami pula.. laksanakan tanggungjawab dan keadilan yg sebenar.. br la, xder lg isu yg ditimbulkan klu nak poligami...

Tanpa Nama berkata...

salam..aku tengah pening ni... aku terjebak cintakan suami org.. dia bagus, alim, berkerjaya, tapi dia telah berterus terang dia adalah suami org... sekarang aku cuba lupakan dia walaupun kerja satu pejabat, :-(

Wardah berkata...

menurut pandangan saya, cuba bawa berbincang dengan isteri dia. seandainya isteri dia sanggup bermadu, tiada masalah dari segi kewangan suami (mampu untuk menanggung 2keluarga dlm satu masa), tiada akhlak yang tidak baik (benar, tiada manusia yg sempurna, namun adakah dia cuba menjadi lelaki yang baik?), dia tiada masalah dlm mendidik dan hubungan dg anak2 baik, jelas kepimpinannya, terdidik jiwa, solat takpernah tinggal (malah tidak pernah melewat2kan), dan banyak lagi lah. seandainya sudah mendapat restu isteri (bagi mengelakkan terjadi permasalahan selepas nikah) juga kita sebagai isteri muda jangan lah cuba mengongkong suami (setelah kahwin), bersyukurlah dia telah membenarkan menikah dengan suami dia dulu, kena sama2 bertolak-ansur(sebab tulah kalau ingin bermadu, kena didik jiwa agar tidak terjadi salah faham), kita kena pelajari dan dalami maksud perkahwinan, untuk memasuki alam perkahwinan (termasuk mono atau poligami) wajib mengetahui apa yang dimaksudkan dengan perkahwinan, tanggungjawab isteri dan sebagainya. poligami di dunia ada pelbagai jenis ragam termasuklah monogami sekalipun. semuanya kembali kepada individu tersebut. yang paling penting dapatkan restu orang tua (keluarga terdekat terlebih dahulu, agar tidak menimbulkan permasalahan dibelakang hari kelak).
masalah yang ada sekarang, ramai yang tidak tahu / tidak faham erti perkahwinan yang sebenar-benarnya. oleh itu terjadilah pelbagai masalah (masalah sosial terutama kepada anak2 yang sering menjadi mangsa keadaan) yang merumitkan lagi, bukan sahaja untuk institusi kekeluargaan malah melibatkan generasi yang akan datang.