Selasa, 30 Disember 2008

Cinta kerana Allah?




Apabila berbicara tentang cinta, aku sering berfikir dan terfikir. Orang sering mengatakan dan tidak sedikit yang melafazkan kepada pasangan masing-masing bahwa mencintai kerana Allah. Anehnya, biasanya kalimah ini digunakan oleh insan-insan yang ingin menyucikan ‘title’ mereka, padahal sebenarnya mereka telah menyalahgunakan kerana dalam Islam tidak membenarkan antara lelaki dengan perempuan membina sebuah jalinan tanpa ikatan yang sah. Sangat menyedihkan apabila terdapat sahabat-sahabat sendiri yang bersemangat berbicara tentang perjuangan namun kalah dengan ujian Allah. Kebiasaan ujian itu adalah cabaran mengelak dari budaya ‘couple’ sebelum nikah. Amat kasihan sekiranya mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu adalah benar. Keluar berdua-duaan dengan izin orang tua mahupun tidak mereka kata boleh, bercakap di talian telefon berjam-jam lamanya dengan suara yang sangat menggoda dan romantis juga mereka kata boleh, solat berjemaah dan membaca al-quran berdua-duaan di surau juga boleh malah lebih afdhal barangkali, berkepit ke sana ke mari boleh-boleh saja, pergi mendengar ceramah atau tazkirah bersama-sama dan banyak lagi perkara yang dirasakan tidak ada salahnya dalam Islam.

Tiba-tiba teringat pada seseorang yang mungkin sekarang hatinya telah dimiliki oleh seseorang yang bakal menjadi pendamping hidupnya. Kudoakan semoga dia tenang dan bahagia dalam kecintaan dan kerinduannya terhadap yang mencintainya seperti aku mencintainya kerana Allah. Jika aku tidak terbaca blognya, mungkin aku belum tertarik dengan apa adanya dia. Tetapi aku mencari tahu siapakah dirinya. Melalui tulisan-tulisan dan pemikirannya telah membuatkan aku jatuh hati pada penulisnya. Pada awalnya mungkin aku cinta kerana nafsu, cinta kerana pandangan mata, kerana suaranya yang mengalunkan lagu-lagu kerohanian yang sering diperdengarkan di radio, televisyen dan kadang-kadang mp3 di laptopku. Dan akhirnya aku mengetahui bahawa dia mengharapkan seseorang yang mencintainya kerana Allah. Tidak ramai orang yang boleh berpegang pada kata-kata ‘mencintai kerana Allah’. Ada yang mahu tetapi tidak mengamalkannya, malah semalam aku terbaca artikel tentang ‘cinta anta-anti’ yang para anak-anak muda yang boleh dikatakan muslimin dan muslimat peneraju masa depan yang berpakaian alim (berkopiah dan bertudung labuh/berjubah), menjadikan mesyuarat atau tempat pertemuan untuk menjalankan aktiviti keagamaan dijadikan sebagai tempat melepaskan kerinduan yang bersarang di sanubari. Padahal cara itu sendiri tidak dianjurkan dalam Islam. Kata penulis itu lagi, cinta itu anugerah terindah, Allah tidak melarang, tetapi harus mengikut landasan syara’ agar hati tetap terpelihara. Waduh, artikel itu sungguh menarik. Kerana jika kita mencintainya kerana Allah, pasti perjalanan hidupnya dijaga oleh Allah. Pasti dapat membina sebuah keluarga yang bahagia dan barakah yang menjanjikan taman firdausi kelak. Pasti Allah membantu dalam pembentukan peribadi diri, anak-anak dan keluarga serta sahabat-handai. Tiada yang lebih indah dalam hidup ini, melainkan keranaNYA! Tiada yang mustahil dan betapa ajaibnya hidup berlandaskan iman dan taqwa yang begitu lancar sekali perjalanan menuju ke destinasi yang pasti! Subhannallah!

'CINTA ANTA & ANTI..
.'Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta ukhwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti". Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini. Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah... Salah Faham ukhwah fillah Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "ukhwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhwah disalah gunakan. Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang jugasatu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini. Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini. Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibahsekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain. Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini.Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, €penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "ukhwah fillah membawa ke Jannah".Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan. Wallahu'alam..


CINTA,CINTA,...............CINTA MANUSIAJANGAN MUDAH BERKATA CINTA JIKA TIDAK HADIRNYA HATI,JANGAN MUDAH BERKATA SAYANG JIKA KASIH BELUM DICURAHJAN,JANGAN MUDAH BERPAUT HATI JIKA MERANA JIWA SENDIRI,JANGAN SESEKALI SERAHKAN CINTA JIKA SEMUANYA HANYA DOGENGAN,UNGKAPKAN KASIH DISEBALIK IMANMU,UNGKAPKAN SAYANG DISEBALIK RAUT WAJAHMU,UNGKAPKAN CINTA DISEBALIK IKATAN PERNIKAHANMU,UNGKAPKAN KETAKWAAN DISEBALIK SEGALA NIKMAT YANG ALLAH ANUGERAHKAN,YAKINLAH PADA ALLAH BAHAWA JODOH DAN PERTEMUAN DITETAPKAN,JIKA TERPAUT PADA AGAMA, LANDASANNYA CUKUP MUDAH,HANTARLAH PINANGAN SEBAGAI JALAN,INSYALLAH, ALLAH MEMBERKATI,TANGISILAH WAHAI MANUSIA,,,,,,,,,,JIKA SEMUA HANYA MENURUT NAFSU DAN SYAITAN PASTINYA, KEHANCURAN YANG KITA TEMUI,DAMAIKANLAH KERESAHANMU DENGAN SUJUD, DAN BERDOA AGAR DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEGALANYA,MEMANG UKAN MUDAH, TAPI ANTI DAN ALAMINYA, AKHIRNYA,,,,,,KETENGANAN MEMBATASI KEBIMBANGAN DAN KESULITAN,BERPEGANGLAH PADA PANJI AGAMA, INSYAALLAH, ALLAH MEREDHAI KITA SEMUA,JANGAN TANGISI SEBUAH KEKECEWAAN KERANA TANGISAN PERPISAHAN CINTA YANG TIDAK MENDAMAIKAN ADALAH TITISAN YANG MERUGIKAN SEKALI.CINTAILAH SUAMIMU,CINTAILAH ISTERIMU,KERANA KEDUA-DUANYA ADALAH RESTU DARIPADA ALLAH YANG KEKAL ABADI................................ ;-;-@nasihatku kepada wanita panji agama Allah, islam tidak penah melarang tapi carilah jalan yang menuju kepda kesenangan di dunia dan di akhirat, JADILAH KETUA DALAM BIDADARI SYURGA.........BASAHKAN SELALU BIBIRMU DENGAN AYAT-AYAT ALLAH KERANA DI SITULAH DITEMUKAN NILAI CINTA DAN JUGA KERINDUAN....... SALAM MANIS KEPADA SEMUA,

sesungguhnya ingatlah bahawa cinta dan kasih sayang manusia itu hanyalah setitis jika dibandingkan dengan cinta dan kasih sayang Allah..sekiranya hilang yang setitis itu..tidak akan merosakkan kehidupanmu selagi yg selautan itu masih kita miliki

Maaf ustaz saya copy artikel ustaz. Tetapi tujuan saya satu sahaja, semoga dapat berkongsi artikel yang bagus ini dengan sahabat-sahabat yang saya kasihi. Agar dapat dijadikan pedoman. InsyaAllah.

1 ulasan:

JiLLTok berkata...

sorry f, jill ingat dah maklum kat farra yg jill dah bersalin. Rasa mcm dah sms bagitau. nway, skarang f dah jadi maksu...anak buah dah ada 2..Damia ngn Afif. :)